Selasa, 15 Mei 2012

Manik bunga...


Jahitan manik yg terbaru ini ialah baju kepunyaan Pn Azmah dari Semenyih…  beliau ingin menggunakan baju ini sempena hari guru.. yg seronoknya beliau mengetahui yg sy mengambil tempahan jahit manik ini melalui iklan yg sy siarkan di OLX Malaysia… x sangka iklan tu berjaya memikat pelanggan.. Alhamdulillah….

Design ini di perolehi setelah perbincangan sy dan beliau yg m'inginkan baju ini di jahit manik hanya di tangan dan di bawah baju.. bertemakan bunga dan dia juga ingin mgunakan manik daun… haaa nasib baik ada jual di kedai manik yg sy selalu pergi tu…  3 hari saya mjahit manik ini dan inilah hasilnya…. 











Manik di tudung

Pengalaman pertama.. x pernah lg jahit manik di tudung.. di atas permintaan, alfinbeads usahakan.. tudung hijau pucuk pisang mjadi pilihan si pemakai tudung... design bermotifkan ombak.... 



Terpaksa mgunakan khidmat model si cilik untuk mengayakan tudung.. hehehe..  



Dan yang seterusnya jahitan manik tudung kepunyaan bonda tersayang....





dan yg terakhir tudung kepunyaan nenek sedara dr Indonesia...




Isnin, 14 Mei 2012

Seronok beli manik....



Seronok sgt bila saat2 beli manik.. terbeliak mata bila tengok manik yg cantik2 rasa nak amik semua termasuk Kristal… rambang mata…. Setakat ni saya beli di Kedai Best Mark Trading at Taman Prima Saujana Kajang berdekatan ngan Giant n Kamdar. Pilihan xlah berapa banyak disini.. tapi masih ada apa yang di cari dari segi warna, bentuk dan ia agak murah berbanding kedai manik di PKNS Bangi n beberapa kedai yg lain.. manik- manik pilihan spt manik MGB, manik biji padi, manik mutiara, labuci, Kristal Swarovski, Pearl Swarovski dari Taiwan dan Jepun adalah manik berkualiti dan yg terbaik.


Actually masih takut nak beli manik secara online.. risau warna tu tak sama dlm tenet… dan belum lagi berpeluang beli manik di Macy Petaling Street yg di katakan jualan borong, murah, cntik, berkualiti dan banyak pilihan.. nantilah, sekiranya di izin kan Allah tempahan jahit manik ni mendapat sambutan yg mengalakkan saya kena juga pergi kesini Macy untuk dapat kan manik2 yg cntik dan murah… bila dah beli borong n murah nie.. bolehlah beri harga sedikit murah… di akui manik yang berkualiti n besinar ni agak sedkit mahal.. kekadng nak tetapkan harga ma
nik pun masih teragak2.. takut mahal sgt… ada gak yg dtg bawa manik sendiri so senang nak kira upah… tapi sy x lah amik upah mahal sgt.. krg mahal sgt emmm xda lak yg nak tempah.. 



Koleksi Jahitan Manik



Baju raya bwarna biru dan pilihan design sendiri…  mengunakan manik kristal biru dan di tambah labuci berbentuk bunga ini kepunyaan teman sekerja di LP..

Rose dari  KPM… membawa manik sendiri yg dikatakan ingin jahitnya sendiri tapi di sebabkan ketidasempatan memintanya alfinbeads menjahitkannya…. Mula pening macamana nak designkan manik2 nie.. cuba sedaya yg boleh akhirnya inilah hasilnya… Alhamdulillah teman berpuas hati..



Manik crumble yg di tambah manik Kristal berjuntai ini kepunyaan adik…. Adik pun membawa manik sendiri dan ditambah sedikit manik alfinbeads…. Design di buat dari paras dada kerana permintaan adik supaya ia kelihatan bila memakai tudung…


Matahari bersinar menerangi alam.. begitu juga manik yg mengikut corak baju ini menaikkan lagi seri baju yg agak kosong di bahagian dada…  baju ini  kepunyaan sepupu suami dari Semenyih yg ingin dipakainya sempena hari perkahwinan kakaknya…


Haaa lupa lak.. dia juga menghantar lagi sepasang baju tuk di pakai waktu pernikahan kakaknya.. yg asalnya baju ini beli siap ngan apa tu yang manik lekat.. apa org panggill… arghh time cmni lupa lak namaya.. tapi bila di pandang design manik tu sedikit senget… mmm dia x puas hati… mulanya dia pun x perasan tapi setelah di bawa balik baru perasan… so dia meminta alfinbeads mengubah sedikit… sedikit2 pun pening gakk.. cmner nak buat…. Jadi terpaksa cabut satu2 manik lekat nie… tapi x semua mana yg boleh digunakan x lah di cabut… mana yg dah di cabut saya jahitkan manik mengikut corak yg asal… dan di ubah sedikit supaya ia kelihatan tegak dan menarik…dan di tambah corak sehingga ke bahagian dada supaya ia kelihatan ketika memakai tudung…..dan inilah hasilnya….





Manik Raya 2011





Untuk baju raya 2011 dan kepunyaan saya sendiri.. ini dia….  Baju raya untuk tahun lepas kami memilih baju bertemakan coklat…  anak2 nak juga baju rayanya bling2…. dapat baju plak dah dekat raya... mmg masa pun x sempat… so x dptlah nak di jahitkan manik… yg sempat belikan rantai mutiara….hehehe J…

Untuk baju raya saya yg lagi satu, saya selitkan sedikit kumbang2 yg comeii….

manik crumble yg x seberapa heavy tp di tambah motif kumbang..


Untuk  baju-baju keluarga termasuk emak, mak metua n adik2 saya juga jahitkan manik2… design juga kehendak masing2…  nak tau malam raya bercengkang mata… sehingga siap.. Raya tahun lepas adalah giliran beraya di kg suami di Tjg Malim…


Nak selitkan gak sesuatu.. yg terindah buat alfinbeads…. Gambar2 raya kami sekeluarga…  sweet tak?....


Bersama suami tercinta dan anak2 tersayang…. 



Bersama ibu mertua, adik ipar, biras anak2 anak dan anak buah… 





Selepas raya di kg sy Batu Pahat, ayah saya ingin mengadakan majlis perkahwinan adik sy yg keempat Siti Aisyah.. jadi baju hijau berbunga pink dan kuning menjadi pilihan kami sekeluarga….


Haa nak juga selitkan gambar istimewa keluarga sy semasa hr perkahwinan adik sy…







Jumaat, 11 Mei 2012

Hasil jahitan manik yang pertama....





Inilah dia jahitan manik pertama yang saya hasilkan (jahitan manik sedikit di ubah, pic yg asal x sempt nak snap) dan dari jahitan inilah saya memulakan bisnes yg tak di sangka... sebenarnya saya tak terdetik pun untuk cuba mengambil tempahan... bermula teman kerja saya di Lembaga Peperiksaan yg ingin bernikah.... setelah dia melihat jahitan ini, dia berminat dan meminta saya menjahitkan manik di baju nikah nya... ehhh biar betul ni..... terkejut gak lah... dan masa tu memang tak yakin yg sy boleh lakukan nya... tapi hati berkobar dan teruja... sekali gus dia bagi 2 pasang baju.. satu baju raya n satu baju nikah...

Baju tempahan pertama.. baju raya seorang teman di LP...


Baju nikah 


Setelah siap kedua2 baju nie.... seorang demi seorang ingin menempah jahit manik.. dan dari sini lah alfinbeads di terbitkan.... 
Alhamdulillah.... 

Khamis, 10 Mei 2012

Salam Perkenalan.....

Assalamualaikum.....


Alhamdulillah.... setelah lamanya keinginan membuka blog sendiri.. baru hari ini dapat alfinbeads meluangkan masa untuk mengarang, menaip, memikir dan sbgnya di  newborn blog alfinbeads... Tak lain x bukan tujuan sebenar membuka blog tuk mempamerkan hasil2 jahitan manik bahkan hantaran pertunangan dan perkahwinan yg alfinbeads hasilkan walaupun ia tak seberapa banyak dan x lah seberapa cantik.. tapi alhamdulillah setakat ni customer berpuas hati.. tp kalo ada yg x berpuas hati tolong yea bagitau.. jgn simpan2.. sebab komen2 anda amat berguna buat alfinbeads me'improve'kan lg kemahiran alfinbeads.. 


Actually sy barulah berjinak dgn manik... dalam x sedar bakat menjahit manik tu rupanya ada dlm diri saya... dan saya cuba menonjolkan bkt yg ada ini sebagai hobi dn secara tak langsung menambah sedikit pendapatan.... Alhamdulillah.... Dan sedikit demi sedikit saya belajar dan belajar mengenai manik dan cara menjahit yg kemas dan memuaskan.. dan terus menerokai dunia manik yg pelbagai design... pelbagai warna... dan pelbagai keunikan.... sooo.... Salam perkenalan buat semua terutama blogger yg menghasilkan jahitan manik, yg mencari tempahan jahit manik n apapun yg pasal manik.. sy mengalu-alukan anda yg ingin berkawan ngn sy tuk mberi comment juga pendapat anda dan berkongsi pengalaman mengenai manik... dan  mana yg x minat manik boleh juga layari blog alfinbeads mana tau minat tu ada setelah melihat manik sy yg comei2.. hehe..Alfinbeads masih dalam proses pembikinan blog yg agak sedikit pening.. ye lah mana tak nyer.. nak cari template, bckground.. semua nak yg cantik2 macam manik.. hihi.. 


My Sweet Family

Inilah pic family yg sy cintai.. penyokong alfinbeads... tulang belakang dan semangat alfinbeads... Suami tercinta terima kasih banyak membantu... dr segi idea... tolong teman beli manik dan sentiasa menyokong... terima kasih abg... :).... anak anak juga yg kekadang mengacau.. dok sibuk gak nak jahit manik kat baju2 barbie.. saat mencabar menjahit manik bila anak2 meragam.. so nak xnak mengalah... layan diaorang dulu.... k apapun... terus ikuti cerita selanjutnya pada ruangan yg akan datang..... huhuhu...